Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Penganalisis Zionis menyifatkan pertemuan Presiden Israel Benjamin Netanyahu dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman pada hari Ahad sebagai mesej yang jelas terhadap Iran dan pentadbiran Biden, dan ancaman kepada presiden Amerika Syarikat (AS) berikutnya jika dia kembali ke rundingan nuklear Comprehensive Plan of Action (JCPOA).
Menurut Agensi Berita Iran (IRNA), Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu secara diam-diam pergi ke Arab Saudi pada hari Ahad tepat pada lawatan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo bertemu dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman, menurut laporan media.
Presiden Israel dilaporkan bertemu dengan Putera Mahkota Saudi dengan kehadiran Setiausaha Negara AS, namun para pegawai Saudi, termasuk Menteri Luar Negeri Faisal bin Farhan, menafikannya walaupun terdapat banyak laporan media. Dalam masa yang sama Netanyahu tidak mengulas lanjut. Dia turut menafikan kritikan penganalisis bahawa sikapnya yang berdiam diri ini menandakan pengesahan lawatannya ke Arab Saudi dan pertemuan dengan bin Salman.
Di celah-celah penafian Saudi dan pengesahan Zionis, sebilangan penganalisis Israel percaya, adanya asas yang penting untuk mewajarkan pertemuan itu. Apabila media Zionis diberi lampu hijau untuk mendedahkan berita itu, maka ia juga adalah mesej jelas kepada pemerintah Biden dan Iran.
Middle East News memetik penganalisis Zionis yang mengatakan pertemuan itu adalah sebahagian daripada siri tindakan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menjelang akhir pemerintahan Trump di Timur Tengah. Joe Biden berkemungkinan akan mencegah pelonggaran sekatan terhadap Iran dan membuka pintu bagi Israel untuk menghadapi Iran.
Menurut media, para penganalisis bersetuju bahawa topik utama pertemuan itu, selain menormalkan hubungan, ia juga berperanan merintis jalan tindakan yang ingin diteruskan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau ini untuk mencegah ancaman Iran memperluas aktiviti nuklearnya.
Atmar Eichener, penganalisis politik di Yedioth Ahronoth, mengatakan bahawa pertemuan itu adalah peristiwa yang jarang terjadi, namun pihak tentera yang membenarkan penerbitan berita itu adalah perkara yang luar biasa.
Pada pendapatnya, pertemuan ini adalah mesej dari Israel dan Arab Saudi kepada beberapa pihak, termasuklah Iran dan Timur Tengah bahawa Arab Saudi dan Israel berada pada paksi yang sama
Dia menambahkan bahawa pertemuan itu juga mengirim pesanan kepada Biden dan pemerintahnya bahawa Arab Saudi bersedia menormalkan hubungan dengan Israel. Yang lebih penting lagi ialah jika Biden ingin mengubah polisi AS terhadap Iran, Arab Saudi dan Israel akan menentangnya.
Wartawan Israel itu menambah, penerbangan yang penuh misteri dari Lapangan Terbang Ben-Gurion - Tel Aviv ke Neom, Arab Saudi (Tabuk) adalah rentetan peristiwa yang belum pernah terjadi sebelum ini, termasuklah menormalkan hubungan antara Israel, UAE, Bahrain dan Sudan.
Di sisi lain, ada laporan di masa lalu bahawa Donald Trump telah membangkitkan isu serangan terhadap Iran, tetapi Biden berulang kali menekankan bahawa dia akan kembali ke rundingan nuklear, sekaligus langkah yang mengecewakan Arab Saudi, Israel dan sekutu serantau mereka.
Dalam artikel berjudul "The Age of Instant Action," Ron Ben-Yishai menegaskan bahawa pentadbiran Trump ingin membuat lebih banyak konsesi kepada Netanyahu di celah-celah krisis dalaman Israel, selain memberikan keazaman kepada Trump untuk mencalonkan diri dalam pemilihan 2024 termasuk menjaga kesetiakawanan sesama Kristian Evangelis.
Bagi Ibn Yishai, pertemuan ini kemungkinan besar tidak akan mengarah kepada normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel, walaupun Putera Mahkota Saudi cenderung melakukannya.Dalam hal ini pertemuan yang berlangsung di Neom dapat dianalisis, bukan di Riyadh.
Menurut penganalisis politik tersebut, pertemuan itu mungkin membincangkan tindakan AS terhadap Iran, termasuk penempatan pesawat tempur B-52.
Dia menambah bahawa rancangan Trump seterusnya untuk menyekat pentadbiran Biden dari kembali ke perjanjian nuklear dan pelonggaran sekatan mungkin merupakan topik lain yang telah dibincangkan dalam pertemuan itu.
Ben-Yishai terus mengatakan bahawa kenyataan bahawa Netanyahu tidak membawa Setiausaha Pertahanan, Ketua Staf Bersama dan Panglima Perkhidmatan Perisikan Tentera Darat ke pertemuan itu, yang hanya disertai oleh ketua Mossad, menunjukkan bahawa fokusnya adalah pada isu politik dan bukannya ketenteraan terhadap Iran.
Dana Fays, seorang wartawan politik saluran TV 12 Israel, juga mengatakan bahawa situasi dalam pertemuan itu menunjukkan bahawa Arab Saudi tidak bersedia untuk menormalkan hubungan dengan Israel, manakala Netanyahu gagal meyakinkannya untuk menyatakan hubungan secara rasmi.
Menurut Fays, pertemuan itu juga menunjukkan peningkatan kepentingan bersama antara Israel dan Arab Saudi termasuk langkah lain ke arah pakatan strategik serantau terhadap Iran, sekalipun Arab Saudi tidak berhasrat menormalkan hubungan kerana situasi belum mengizinkannya.
Sebaliknya, dengan pertemuan seperti itu, Arab Saudi berusaha untuk mendekati pentadbiran AS yang baru dan berkongsi kepemahaman jangkaan tentang masa depan mengenai program nuklear Iran dan pembaharuan perjanjian nuklear (JCPOA).
ABNA MELAYU/177